Saturday, October 3, 2009

TEST FRONTIER DI OFF ROAD

















OFF ROAD DI JALAN BALAK

saya ni...bukan jenis boleh duduk diam kalau balik kampung
ada aja program2 yang akan diaturkan kalau kat kampung
tak kira la di rumah mak sendiri atau di rumah mak mertua
kalau di kg mak mertua, selalu yang jadi pakner saya ialah abang halim
abang nanie dengan salah sorang lagi bapa saudara dia

jadi untuk trip kali ni memenag tak dirancang pun
main ajak ajer,terus jadi..
destinasikami ialah kg lasau, salah satu tempat mancing yang agak
popular di kalangan orang sini

perjalanan bermula kira2 jam 3 pm...
hujan renyai2 membuatkan saya agak gusar dengan permukaan jalan
iye la jalan balak...mmg la licin
perjalanan pada mulanya agak lancar

akan tetapi masuk di pertengahan jalan,
bermulalah satu cabaran baru...
memang best siottt...menderum bunyi enjin frontier tu
tetapi kami tidak dapat meneruskan perjalanan kerana keadaan jalan sangat licin
lagi pulak keaadaan tayar frontier sangat tidak sesuai...

perjalanan turun sebenarnya lagi mencabar kerana baru lepas ujan
wow macam main drif la pulak
sambil menuruni bukit, tetiba kereta menggelongsor laju
brek pun dah tak guna,main gear rendah pun tak boleh
just kontrol stering ajer...ape lagi hentam la tebing
kereta berpusing ngam2 melintang jalan.

aduyaiiii....apa nak buat ni...
dah la apa2 tools pun tak bawak
ape la tolak la ramai2...
akhirnya berkat kerjasama rakan, berjaya juga
tapi turun secara mengundur...

akhirnya setelah hampir 2 jam bertarung dengan jalan licin
akhirnya kami sampai di base...
fuhhh sampai bau hangit klac kereta...
bermula lah hobi baru......

No comments: