Saturday, October 3, 2009

OFF ROAD PART 2































tak puas dengan cabaran pertama,
sampai ajer di rumah pak long derani...bapa mentua saya la
kemas2 bahan mentah,
kul 6 kami keluar pulak menuju ke destinasi baru
destinasi kali ini ialah chalet perhutanan di kg weng dalam

perjalanan kali pasti lebih mencabar kerana ujan yang lebat
trek bermula di ladang getah
pada mulanya perjalanan lancar
masuk sahaja di pertengahan jalan
cabaran pun bermula

walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30 pm,
tapi keaadaan di dalam hutan sangat gelap macam dah pukul 8 pm
perjalanan di teruskan ke destinasi
malang sekali lagi apabila samapi sahaja di bukit terakhir
sekali lagi kereta tak lepas naik kerana jalan terlalu licin
cubaan demi cubaan di lakukan tapi akhirnya gagal

abang halim dengan rakan cuba membuat trek yang baru tapi
belum cukup untuk mendaki bukit tersebut kerana terlalu licin
kami mengambil keputusan untuk berpatah balik dan berkhemah
di tempat yang lebih dekat

kira2 jam 9pm kami tiba di kem side dan kerja2 memasak di uruskan oleh abang halim
sambil saya terus sahaja memeriksa keaadaan kereta yang berbau hangit klac
satu lagi masalah...hujan lebat mana mau cari kayu api lorr...
survival la kejap...
jenuh jugak la nak membakar kayu api yang lembab

makanan kami pada malam itu ialah megi laa...
makanan yang paling mudah dan cepat di sediakan
itulah makanan yang paling enak di makan di dalam hutan
time tu hujan pulak turun dengan lebatnya...

selepas makan, mandi terus tido
taka pasang khemah pun...tido dalam keta aje
yang lagi 2 orang tido kat belakang sambil dilitupi kanvas..

ingat nak memburu, tapi hujan terus lena di ulit mimpi..
terjaga aje jam dah pun pukul 4am...
keputusan diambil untuk pulang ke rumah
pukul 5.30 am baru sampai ke rumah
ok jugak la pengalaman baru...
ada masa nak cuba lagi...




No comments: