Saturday, October 3, 2009

OFF ROAD PART 2































tak puas dengan cabaran pertama,
sampai ajer di rumah pak long derani...bapa mentua saya la
kemas2 bahan mentah,
kul 6 kami keluar pulak menuju ke destinasi baru
destinasi kali ini ialah chalet perhutanan di kg weng dalam

perjalanan kali pasti lebih mencabar kerana ujan yang lebat
trek bermula di ladang getah
pada mulanya perjalanan lancar
masuk sahaja di pertengahan jalan
cabaran pun bermula

walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30 pm,
tapi keaadaan di dalam hutan sangat gelap macam dah pukul 8 pm
perjalanan di teruskan ke destinasi
malang sekali lagi apabila samapi sahaja di bukit terakhir
sekali lagi kereta tak lepas naik kerana jalan terlalu licin
cubaan demi cubaan di lakukan tapi akhirnya gagal

abang halim dengan rakan cuba membuat trek yang baru tapi
belum cukup untuk mendaki bukit tersebut kerana terlalu licin
kami mengambil keputusan untuk berpatah balik dan berkhemah
di tempat yang lebih dekat

kira2 jam 9pm kami tiba di kem side dan kerja2 memasak di uruskan oleh abang halim
sambil saya terus sahaja memeriksa keaadaan kereta yang berbau hangit klac
satu lagi masalah...hujan lebat mana mau cari kayu api lorr...
survival la kejap...
jenuh jugak la nak membakar kayu api yang lembab

makanan kami pada malam itu ialah megi laa...
makanan yang paling mudah dan cepat di sediakan
itulah makanan yang paling enak di makan di dalam hutan
time tu hujan pulak turun dengan lebatnya...

selepas makan, mandi terus tido
taka pasang khemah pun...tido dalam keta aje
yang lagi 2 orang tido kat belakang sambil dilitupi kanvas..

ingat nak memburu, tapi hujan terus lena di ulit mimpi..
terjaga aje jam dah pun pukul 4am...
keputusan diambil untuk pulang ke rumah
pukul 5.30 am baru sampai ke rumah
ok jugak la pengalaman baru...
ada masa nak cuba lagi...




TEST FRONTIER DI OFF ROAD

















OFF ROAD DI JALAN BALAK

saya ni...bukan jenis boleh duduk diam kalau balik kampung
ada aja program2 yang akan diaturkan kalau kat kampung
tak kira la di rumah mak sendiri atau di rumah mak mertua
kalau di kg mak mertua, selalu yang jadi pakner saya ialah abang halim
abang nanie dengan salah sorang lagi bapa saudara dia

jadi untuk trip kali ni memenag tak dirancang pun
main ajak ajer,terus jadi..
destinasikami ialah kg lasau, salah satu tempat mancing yang agak
popular di kalangan orang sini

perjalanan bermula kira2 jam 3 pm...
hujan renyai2 membuatkan saya agak gusar dengan permukaan jalan
iye la jalan balak...mmg la licin
perjalanan pada mulanya agak lancar

akan tetapi masuk di pertengahan jalan,
bermulalah satu cabaran baru...
memang best siottt...menderum bunyi enjin frontier tu
tetapi kami tidak dapat meneruskan perjalanan kerana keadaan jalan sangat licin
lagi pulak keaadaan tayar frontier sangat tidak sesuai...

perjalanan turun sebenarnya lagi mencabar kerana baru lepas ujan
wow macam main drif la pulak
sambil menuruni bukit, tetiba kereta menggelongsor laju
brek pun dah tak guna,main gear rendah pun tak boleh
just kontrol stering ajer...ape lagi hentam la tebing
kereta berpusing ngam2 melintang jalan.

aduyaiiii....apa nak buat ni...
dah la apa2 tools pun tak bawak
ape la tolak la ramai2...
akhirnya berkat kerjasama rakan, berjaya juga
tapi turun secara mengundur...

akhirnya setelah hampir 2 jam bertarung dengan jalan licin
akhirnya kami sampai di base...
fuhhh sampai bau hangit klac kereta...
bermula lah hobi baru......

TRIP MANCING RAYA KE 7 DI TUAS


hasil terbaik sepanjang 2 tahun datang ke sini


proses memunggah hasil tangkapan


haruan tasik hasil tangkapan saya 6 kg wow!!


tekong cuba menaikkan ikan












ini la tenggiri pertama setelah 2 tahun datang ke sini


keaadaan di jeti kuala dulang


ini la bot yang kami sewa rm 450 sehari

setelah hampir setengah jam bertarung, akhirnya seekor haruan tasik berat kira2 6kg


abang yusri bertarung dengan haruan tasik





jeti kuala dulang


SABTU (26 OKT 2009)
TEMPAT :KG KUALA DULANG,YAN,KEDAH

Perjalanan bermula seawal jam 4 am daripada rumah bonda di kupang
kira2 pukul 5 am tiba di rumah abang di sg petani.
jam 0530 azlan (msi) telah siap menunggu di exit tol sg petani utara
perjalanan di teruskan ke kg kuala dulang

perasaan tak sabar untuk menduga laut akhirnya hilang apabila
sampai ke jeti kg kuala dulang.
sampai sahaja kat jeti sudah kelihatan ramai pemancing2 sedang bersarapan di gerai
masing2 topik perbualan mengenai ikan yang bakal dipancing
selepas menunaikan solat subuh,saya terus ke gerai berhampian untuk mengalas perut
segelas kopi o ais di pesan untuk mengalas perut.

kira2 jam 0730 tekong (pak mat) tiba bersama anaknya
perjalanan dari jeti menuju ke tuas mengambil masa kira satu jam setengah
masa perjalanan yang agak lama saya ambil sebaik mungkin untuk melelapkan mata
setelah satu jam setengah perjalanan, bot yang kami naiki tina di unjam pertama

tanpa membuang masa saya terus melabuhkan kail untuk memancing anak ikan hidup
secara apollo. setelah 5 balingan dilakukan baru dapat seekor anak kembung
dengan pantas anak kembung tersebut di cangkukkan ke mata kail untuk menduga tenggiri

setelah menunggu kira2 satu jam secata tiba2 kail yang di lempar tadi di sambar tenggiri
dengan pantas drag di ketatkan dan bermulalah acara menarik tenggiri
setelah hampir 10 minit barulah tenggiri tadi dapatdi naikkan
fuhhh...dua tahun memancing di tua ni, inlah kali pertama saya dapat seekor tenggiri

walaupun berat cuma 1.2 kg, tapi saya cukup puas hati
selepas itu,keadaan kembali hambar...
sambil menunngu kail di ragut ikan,perut saya rasa tak sedap
inilah di katakan mabuk laut...almaklumlah dah lama tak turun ke laut

oleh kerana tak sedap perut,saya langsung tak menjamah nasi lemak yang di sediakan kak ipar
kira2 jam 11.30 am semua di kejutkan dengan ikan yu cicak yang tiba2 timbul berhampiran bot
peluang yang ada di gunakan masing2 melemparkan kail ke arah ikan yu tersebut
tak sampai lima minat ke empat2 kail di sambar ikan haruan tasik yang berenag berhampiran yu tersebut...bermulalah pesta menaikkan ikan haruan tasik

setlah masing2 bertarung kampir setengah jam, maka seekor demi seekor ikan haruan tasik di naikkan. kesemuanya berjumlah 4 ekor dalam satu masa. wow!!!

selepas itu keaadaan kembali tenang...
cuma abang yusri ajedapat menaikkan ikan belitung 2 ekor berat kira2 sekilo seekor
oleh kerana jam sudah menunjukkan pukul 3 pm, dan ikan pun dah tak berapa makan,
kami memutuskan untuk kembali ke jeti

tapi saya cukup puas dengan hasil tangkapan hari ni...
alhamdulillah rezeki di hari raya...



Monday, September 14, 2009

BANGAU OH BANGAU

BANGAU OH BANGAU
KENAPA ENGKAU KURUS
MACAM MANA AKU TAK KURUS
IKAN TAK MAU TIMBUL

IKAN OH IKAN
KENAPA TAK MAHU TIMBUL
MACAM MANA NAK TIMBUL
RUMPUT PANJANG SANGAT

RUMPUT OH RUMPUT
KENAPA PANJANG SANGAT
MACAM MANA AKU TAK PANJANG
KERBAU TAK MAKAN AKU

KERBAU OH KERBAU
KENAPA TAK MAKAN RUMPUT
MACAM MANA AKU NAK MAKAN
PERUT AKU SAKIT

PERUT OH PERUT
KENAPA ENGKAU SAKIT
MACAM MANA AKU TAK SAKIT
MAKAN NASI MENTAH

NASI OH NASI
KENAPA ENGKAU MENTAH
MACAM MANA AKU TAK MENTAH
KAYU API BASAH

KAYU OH KAYU
KENAPA ENGKAU BASAH
MACAM MANA AKU TAK BASAH
HUJAN TIMPA AKU

HUJAN OH HUJAN
KENAPA TIMPA KAYU
MACAM MANA AKU TAK TIMPA
KATAK PANGGIL AKU

KATAK OH KATAK
KENAPA PANGGIL HUJAN
MACAM MANA AKU TAK PANGGIL
ULAR NAK MAKAN AKU

ULAR OH ULAR
KENAPA NAK MAKAN KATAK
MACAM MANA AKU TAK MAKAN
MEMANG MAKANAN AKU....

so, apa pendapat korang pembaca?
ni kan sikap kite...salah sendiri tak mau mengaku..
suka nak salahkan orang lain...macam2 alasan...

GURINDAM MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka